Al-Battani


GAMBAR 1: Wajah Al-Battani atau lebih dikenali sebagai Albatagenius di dunia Barat.



Nama penuh : Abu Abdallah Mohammad ibn Jabir ibn Sinan al-Raqqi al-Harrani al-Sabi al-Battani
Asal : Harran, Turki
Sumbangan dalam bidang matematik


Dalam matematik, beliau adalah yang pertama menggantikan penggunaan chords  Greek dengan sinus. Bapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya.  Beliau berjaya meletakkan trogometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang yang pertama menghasilkan jadual cotangents.


Sumbangannya dalam bidang astronomi


Al Battani atau lebih dikenali di barat sebagai Albategnieus.


Sumbangan terbesar beliau kepada dunia sains dan matematik ialah dalam bidang falak di mana Al-Battani telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya membina pusat kajian cakerawala di Rakyah.


Beliau telah mengemukakan kaedah pengukuran bintang di cakerawala menggunakan garis lengkuk. Sebelum itu, para saintis Yunani telah memperkenalkan pengukuran bintang menggunakan tali. Pengukuran Al-Battani itu didapati lebih tepat dan praktikal kerana ia berdasarkan kepada teori tangen dan kotangen yang ditemuinya.Namun begitu, barat tidak pernah memberi penghargaan kepada Al-Battani berhubung penemuan teorinya itu. Sebaliknya mereka menceduk dan “mencuri” teori Al-Battani serta mengubahsuai dan menukarnya kepada istilah Yunani ialah sine yang berasal daripada kata dasar “sinus”.


Salah satu prestasi Al-Battani yang paling terkenal di astronomi adalah penyempurnaan dari nilai-nilai yang ada untuk panjang tahun. Ptolemy menghitung panjang tahun matahari sebagai 365 hari, 5 jam, 55 minit dan 12 saat. Al-Battani menghitung kembali nilai-nilai tahun matahari untuk panjang tahun sebagai 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Para peneliti telah menganggap perbezaan fenomena karena Al-Battani berada di lokasi geografis yang lebih dekat dengan lintang selatan, yang mungkin lebih menguntungkan bagi pengamatan tersebut.

-Ia mampu memperbaiki beberapa hasil Ptolemy dan
menyusun tabel baru dari matahari dan bulan. Al-Battani menemukan kembali bahwa arah Matahari berubah.

-Dia juga menguraikan ke tingkat tertentu
sejumlah hubungan trigonometri, penggunaan sinus dalam perhitungan, dan sebagian dari garis singgung. Ia menjelaskan ke tingkat tertentu karya seorang astronom India, Aryabhata (476-550 M) dan astronomi Yunani 
Pythagoras (570 SM - 495 SM). Dia juga menghitung kembali nilai-nilai untuk presesi ekuinoks (54,5" per tahun, atau 1° dalam 66 tahun) dan arah miring dari ekliptika (23° 35'), yang merupakan penjabaran dari Hipparchus. Dia menggunakan tingkat yang seragam untuk presesi dalam tabel nya.



GAMBAR 2 :Karya Al-Battani yang dianggap berperan dalam pengembangan ilmu pengetahuan dan astronomi ke tingkat tertentu.



GAMBAR 3 : Astrolab



GAMBAR 3 : Illustrasi Al-Battani menggunakan Astrolab


Perhitungan yang digunakan oleh Al-Battani ini masih digunakan sehingga ke hari ini dan menjadi asas kepada penciptaan jam yang digunakan dalam kehidupan kita seharian. Teori yang dikemukakan oleh beliau ternyata mendahului zamannya dan merupakan satu penemuan yang cukup besar serta merubah perjalanan sejarah dan ilmu pengetahuan manusia. Bagaimanapun usaha Al-Battani itu tidak pernah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya oleh saintis barat. Beliau bukan sahaja dinafikan hak ciptanya ke atas teori tersebut tetapi juga kaedah “algorism” atau “algorithm” yang dirintis oleh beliau.


Walhal sumbangan dan jasa  Al-Battani cukup banyak serta tidak terbatas kepada ilmu falak semata-mata. Al-Battani sesungguhnya merupakan seorang saintis Islam yang terulung dan tiada tolok bandingannya di dalam bidang matematik, geometri dan fizik.


Dalam bukunya yang berjudul “al-Mijisti”, beliau telah membetulkan beberapa kesilapan yang dibuat oleh Batlaimus, seorang saintis Yunani. Buku ini bukan sekadar menerangkan konsep dan kepentingan cakerawala tetapi juga menunjukkan cara-cara untuk mengukur perjalanan planet serta bintang.

13 comments: