Al-Farghani

Nama sebenar : Abū al-ʿAbbās Aḥmad ibn Muḥammad
ibn Kathīr al-Farghānī
Asal : Farghana, Sogdiana (Tajikistan)
Tarikh Lahir : Tahun 800 Masihi
Tarikh Wafat : Tahun 870 Masihi

Sumbangan


Al-Farghani  telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum iaitu sebuah buku mengenai pergerakan objek di langit yang lengkap.

Kitab ini juga turut membincangkan hal mengenai sains bintang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12.

Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh yang besar kepada ahli astronomi Eropah. Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai-nilainya yang dicatatkan berlaku lebih awal.

Menurut Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini.Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet.
                                           
GAMBAR 1: Lakaran ukuran planet oleh Al-Farghani.

Aktiviti penyelidikan Al-Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi bidang kejuruteraan.Menurut Ibn Tughri Birdi, Al-Farghani telah menyelia projek pembinaan Great Nilometer di al-Fustat (Cairo lama).

Projek itu siap sepenuhnya pada tahun 861 Masehi iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu meninggal dunia.

                                                   

 GAMBAR 2: The Great Nilometer of Rawda  yang telah dibina hasil kebijaksanaan Al-Farghani di Kaherah,Mesir.


GAMBAR 3 : Arca Al-Farghani di Fergana, Uzbekiztan

5 comments:

  1. Adakah manuskrip2 ilmu tinggalan Al-Ferghani masih tersimpan di bumi Fergana ?

    ReplyDelete
  2. Hebat. Cme nk tnye, ada x pnjelasan mcm mana dia anggar ukuran bumi dgn teknologi masa dia tu?

    ReplyDelete
  3. Kehebatan peradaban Islam telah membawa Eropah keluar dari zaman kegelapan

    ReplyDelete
  4. nice sharing. tokoh islam yg kurang dikenali.

    ReplyDelete