Objektif


Kajian ini dijalankan bagi mengkaji sumbangan para tokoh ilmuan Islam terhadap  teknologi astronomi dunia. Umum mengetahui bahawa barat kini menerajui teknologi astronomi. National Aeronautics and Space Administration (NASA) dipandang sebagai ketua penyelidikan angkasa dan menjadi rujukan utama dunia masa kini. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui bahawa ratusan tahun dahulu, tokoh-tokoh ilmuan Islam telah pun memberikan pelbagai sumbangan dalam teknologi astronomi dan ilmu angkasa yang membawa kepada kemajuan ilmu astronomi dan angkasa pada hari ini.


Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mencari dan mengetengahkan para ilmuan Islam masa lampau yang telah banyak membuka laluan bagi perkembangan dan kemajuan teknologi kompleks ini. Secara tidak langsung, umat Islam masa kini akan lebih mengenali para ilmuan Islam khususnya para ilmuan yang telah menyumbang ke arah teknologi astronomi.


Melalui kajian ini, pelbagai bentuk sumbangan akan dikupas, samada sumbangan terus kepada teknologi astronomi atau falak atau teknologi/ilmu lain yang berkembang seiring dengan ilmu astronomi. Contoh sumbangan terus adalah pelbagai penemuan dan penciptaan oleh para ilmuan Islam lampau kepada bidang astronomi. Manakala, antara contoh bidang ilmu yang berkembang seiring atau memanfaatkan teknologi astronomi adalah bidang atau ilmu berkaitan dengan masa.








1 comment:

  1. pihak NASA yg dalangnya org amerika menguasai ilmu astronomi skrng. Walhal dahulu kita umat Islamlah yg mempeloporinya

    ReplyDelete