Ibnu Al-Syatir

                                                           

Nama : Abu Al-Hasan Alauddin Ali bin Muhammad Al-AnsariAsal : Damsyik, Syria
Tarikh Lahir : 704 Hijrah bersamaan 1304 Masihi
Meninggal Dunia : 777 Hijrah bersamaan 1375 Masihi


Penguasaan beliau dalam ilmu matematik serta kejuruteraan membolehkan Ibnu Al-Syatir mendalami ilmu astronomi dan menghasilkan astrolab, alat yang digunakan untuk mengira jarak bintang dengan lebih tepat. Astrolab adalah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit. Ia berbentuk cakera diperbuat daripada kayu atau logam yang tepinya ada ukuran darjah dan di tengahnya jarum penunjuk boleh bergerak.
Ibnu Al-Syatir membuat pembetulan alat penunjuk waktu menggunakan bayang-bayang matahari di atas permukaan jam yang dinamakan mizwalah.

Ibnu Al-Syatir berjaya memberi penjelasan teori ilmu astronomi, matematik dan geografi Yunani serta Mesir. Malah, beliau membuat pembetulan terhadap teori Kaleodos Ptolemeus yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat peredaran planet serta bintang yang ada di langit secara teratur.Hasil pengamatan Ibnu Al-Syatir terhadap planet luar seperti Marikh, Musytari dan Zuhal, beliau berjaya menemukan bukti bahawa bumi bukan pusat peredaran sebaliknya, semua planet mengelilingi matahari.

Ada beberapa sarjana barat tidak setuju pada awalnya, Orientalis Inggeris, David King, yang membuat kajian mengenai hasil penemuan ilmuwan Islam menyatakan kebanyakan teori yang dikaitkan dengan Copernicus sebenarnya diambil daripada ilmuwan Islam bernama Ibnu Al-Syatir.Malah, kajian terhadap manuskrip Arab di Poland pada 1973 menunjukkan Copernicus mengambil hasil penemuan dalam buku itu dan menyandarkan pendapat berkenaan kepada dirinya.

Ibnu Al-Syatir juga berjaya mencipta alat untuk mengetahui waktu solat yang dinamakan al-Basit yang kemudian diletakkan di menara azan Masjid Umawi di Damsyik.
                                                   
                                                       
        GAMBAR 1: Di salah satu menara Masjid Umawi inilah alat ciptaan Ibnu Al-Syatir , Al-Basit telah diletakkan.


                 
 
GAMBAR 2: Dikatakan inilah manuskrip arab lama  milik Ibnu Al-Syatir yang telah dikaji oleh Copernicus di Poland pada tahun 1973.

6 comments:

  1. Manuskrip al-syatir ni skrg disimpan kt mne eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkannya disimpan di muzium topkapi, turki

      Delete
  2. Di dalam al-Quran surah Yasin (36:37-40) ada dinyatakan tentang perhubungan antara bumi, bulan dan matahari. Hasil kajian sains pada hari ini menyatakan matahari bergerak pada orbitnya sendiri, yang mana telah lama dinyatakan dalam ayat di atas 1400+ tahun yang lalu.

    ReplyDelete
  3. Selalu tokoh popular astronomj mesti al khawarizmi, tapi saudara pilih tokoh yang lain, tokoh tersebut banyak jugak sumbangan nya dalam sejarah islam. Good info :)

    ReplyDelete
  4. good sharing. saya akan konsi bersama kawan2 saya. tq

    ReplyDelete