Pendahuluan

Astronomi atau falak adalah salah satu ilmu sains yang berkembang pesat pada zaman keagungan tamadun Islam. Pencapaian cemerlang umat Islam dalam bidang astronomi terutamanya pada zaman Abbasiyyah begitu hebat kerana terdapat banyak makmal-makmal astronomi khususnya di bandar-bandar besar seperti di Baghda. Umat Islam Berjaya menghasilkan kaedah-kaedah pengiraan dan jadual-jadual (zij) yang amat berguna dalam bidang astronomi. Malah satu pencapaian yang cukup membanggakan adalah kejayaan umat Islam mencipta ‘asturlab’, iaitu alat peneropong bintang.
Antara tokoh yang hebat dalam bidang astronomi adalah Ibrahim al-Fazari al-Munajjam (777M). Beliau telah menghasilkan buku-buku panduan yang membantu astronomi. Antara buku ilmiah dalam bidang astronomi hasil tulisan Ibrahim al-Fazari al-Munajjam adalah Kitab al-Qasidah Fi ‘Ilm al-Nujum, Kitab al-Miqyas lil Ziwal dan Kitab al-Zij ‘Ala Sini al- ‘Arab. Beliau juga banyak menghasilkan jadual-jadual yang sangat berguna dalam bidang ilmu falak.
Seterusnya, tokoh astronomi Islam, al-Farghani (860 - 920M) yang dikenali di Barat sebagai ‘Affaraganus’. Antara karya penting beliau termasuklah Kitab Usul al-Falak, Kitab al-Fusul Ikhtiyat al-Majisti, Kitab al-‘Amal al Rukhamat dan Kitab Jawami’ Ilmu al-Nujum Wa al-harakat al-Samawiyah yang dialih Bahasa kepada The Element of Astronomy. Buku berkenaan berkisar tentang pergerakan objek di langit dengan huraian yang lengkap.



GAMBAR 1: Seorang Ilmuwan Islam tersohor sedang menggunakan alat mengukur jarak bintang.


Al-Khawarizmi (790 – 840M) pula telah Berjaya mencipta jadual perjalanan bintang-bintang atau zij, disamping menulis beberapa karya penting dalam bidang ini. Beberapa tulisannya termasuklah Kitab al-Rukhamah, Kitab al-Zij al-Awwal, Kitab al-Zij al-Thani, Kitab al-‘Amal bi al-Asturlab dan karya-karya yang lain telah menjadi rujukan para sarjana Islam apabila mengkaji astronomi Islam.
Seorang lagi ahli astronomi Islam, al-Battani (868 – 929M) berjaya menentukan liukan bumi 54.5”, dan sudut ekleptik adalah 23’ dengan 35’. Beliau turut menemui cara baru dalam menentukan masa anak bulan boleh dilihat dan dapat memperincikan fenomena gerhana matahari dan bulan. Karya-karya beliau dalam bidang astronomi termasuklah Kitab al-Zij, Kitab Ma’rifat Matla’ al-Buruj fi ma bainaha ‘Arha’ al-Falak, Risalah fi Miqdar Tahqiq al-Ittisalat, Kitab Sharh Arba’a Maqalat li Batlinus dan lain-lain lagi.
Justeru, sebagai umat Islam, kita seharusnya mengenali tokoh-tokoh astronomi ini dan mempelajari kajian-kajian yang telah dilakukan oleh mereka. Kita juga mestilah bersyukur dan mengaplikasikan ilmu-ilmu tersebut didalam kehidupan seharian kita demi memacu masa depan yang lebih gemilang.

9 comments:

  1. sejarah tentang ilmuan islam ini memang tak banyak info skrng sbb sejarah nie dah diolah barat. apa2 pun Good sharing. :)

    ReplyDelete
  2. boleh tak insertkan lebih input tentang kajian pengkhususan ilmu astronomi oleh ilmuwan2 ini? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tnggu post yg seterusnya,,kami akan kongsikan dengan lebih lanjut

      Delete
  3. Tokoh kegemaran saya- a biruni.Nama kelas masa form 5 haha

    ReplyDelete
  4. Zaman kegemilangan Islam melahirkankan ilmuwan yang pakar dlm pelbagai bidang. Ramai tokoh2 hebat yang boleh kita contohi

    ReplyDelete
    Replies
    1. soo true.. warisan2 ilmu yg mereka tinggalkan sepatutnya dikaji semula oleh umat terkemudian.

      Delete
  5. Syabas anak muda..👍🏼

    ReplyDelete